24 September 2010 - 20:30

Sebuah kumpulan yang tidak dikenali di Lubnan mengancam akan melancarkan serangan terhadap Syiah dan anggota Hizbullah

Menurut maklumat yang sampai ke Pejabat Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir), kumpulan ini yang menggelarkan mereka sebagai pergerakan Muawiyah bin Abu Sufyan dengan mengeluarkan pernyataan yang menghina Syiah dan mengkritik Ahlusunnah serta menyatakan, "Hizbullah Syi'i merupakan pelaku thaghut dan murtad, mereka mendakwa diri mereka adalah manusia termulia sambil melakukan kerosakan di muka bumi."

Dalam satu rakaman video yang telah disebar menunjukkan salah seorang anggota kumpulan ini membaca pernyataan. Namun kelibat anggota kumpulan ini tidak menampilkan perwatakan anggota al-Qaeda dan lain-lain kumpulan pengganas.

Kumpulan ini menunjukkan perasaan tidak puas hati terhadap kata-kata Hasan Nasrullah yang menyifatkan warga Lubnan adalah bangsa mulia setelah mencapai kemenangan dalam peperangan 33 hari dengan regim Zionis.

Pernyataan pengganas ini dianggap satu percubaan ingin mencetuskan peperangan saudara dalam negara Lubnan.